Polis Sibu serbu premis lombong Bitcoin

Polis menyerbu sebuah premis di Jalan Serai, dekat sini semalam.

SIBU— Polis menyerbu sebuah premis dua tingkat di Jalan Serai, dekat sini yang disyaki menjalankan aktiviti melombong bitcoin.


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili, berkata serbuan 12.50 tengah hari semalam dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu bersama  pihak SESCO Berhad.


Katanya, serbuan ke atas premis yang tiada berpenghuni itu dibuat kerana disyaki dijadikan tempat melombong bitcoin dengan cara penyambungan elektrik secara haram.


“Turut dirampas semasa serbuan ialah 34 unit mesin melombong bitcoin yang dianggarkan bernilai RM38,000.


Manakala nilai kerugian dianggarkan RM496,000,” katanya dalam kenyataan.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Next Post Previous Post