Notification

×

Iklan

Iklan

Idris cadang lantik penghulu, ketua kaum di Kota Samarahan

| Ogos 11, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-11T08:28:37Z

SAMARAHAN— Kerajaan negeri diminta melantik lebih ramai penghulu dan ketua kaum di kawasan perumahan sekitar Kota Samarahan bagi menampung keperluan penduduk yang sudah bertambah.


Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Idris Buang berkata, sebagai contoh Taman Desa Ilmu memerlukan seorang penghulu dan sekurang-kurangnya tiga orang ketua kaum mewakili pelbagai bangsa.


“Di samping itu, pemimpin akar umbi itu dapat membantu menjaga kebajikan serta keselamatan penduduk taman perumahan terbabit sekaligus memantapkan sistem pentadbiran kita,” katanya.


Idris berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penangguhan Kursus Pemerkasaan Ketua Masyarakat/Ketua Kaum (KMKK) Dan Tatacara Pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, di sini, hari ini. 


Selain menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan, ketua kaum dan ketua masyarakat ini dapat menyalurkan maklumat serta keperluan penduduk kepada pihak pentadbiran, jabatan kerajaan dan wakil rakyat.


“Ketika ini terdapat 100 taman perumahan di sekitar Kota Samarahan dengan penduduknya terdiri daripada pelajar dan pekerja kilang yang bukan penduduk tetap.


Mereka ini menyewa di kawasan perumahan manakala sebahagian tinggal di rumah kedai,” katanya.


Beliau berharap, dengan adanya  penghulu dan ketua kaum, pihaknya dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan lebih berkesan.

×
Berita Terbaru Update