COVID-19: 32.8 peratus kes baharu Sarawak disebabkan BA.5

COVID-19, 32.8 peratus kes baharu, Kes baharu COVID-19, Subvarian BA.5 COVID-19, Sarawak Update, IHCM
Gambar hiasan kredit Unsplas

KUCHING—Subvarian BA.5 COVID-19 dikesan menyumbang 32.8 peratus atau satu pertiga daripada kes positif COVID-19 Sarawak sejak Jun dan seterusnya, menurut Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).


Pengarah IHCM UNIMAS Prof Dr David Perera mendedahkan perkara itu dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC) Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini hari ini.


Dr Perera berkata dari 3 April hingga 13 Julai tahun ini, sebanyak 165 sampel diperoleh di seluruh negeri itu telah berjaya dijujukan dan kesemuanya dikesan sebagai Varian Omicron Membimbangkan B.1.1.529 (VOC).


Beliau berkata daripada sampel itu, sejumlah 121 dikesan sebagai beberapa sub-keturunan kecil BA.2, satu kes dan pertama kali melaporkan pengesanan BA.4 dan 43 sampel BA.5.


“Walaupun BA.2 VOC terus menjadi subvarian yang dikesan utama dalam tempoh pengawasan ini, peningkatan pantas dalam pengesanan BA.5 VOC turut dipantau.

 

"Dari awal Jun dan seterusnya, kira-kira satu pertiga (32.8 peratus) daripada semua pengesanan adalah subvarian ini (BA.5),” katanya.


Dr Perera menambah pemerhatian di Sarawak ini adalah konsisten dengan jangkitan global Omicron VOC yang menyaksikan peningkatan ketara kadar penularan di banyak negara. 


“Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri ini.


“Sila pertimbangkan untuk mendapatkan dos penggalak jika anda masih belum melakukannya terutama bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan mereka yang berumur 50 tahun ke atas,” tambah beliau.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.