-->

Notification

×

Iklan

Iklan

PKR Sarawak tanya, RM75 juta untuk bina Jambatan Marudi masih ada atau perlu top up?

| Ogos 31, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-31T09:42:40Z
Tinjauan di kawasan tapak pembinaan Jambatan Marudi mendapati kerja pemasangan cerucuk sudah dimulakan di tebing sungai dari arah Miri. Gambar sisipan Roland Engan

MIRI— Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Roland Engan meminta penjelasan daripada kerajaan Sarawak mengenai status peruntukan RM75 juta untuk membina Jambatan Marudi.


“Isu sekarang ialah, ke mana RM75 juta dibelanjakan?, adakah hanya 15 peratus telah digunakan atau adakah kesemuanya sudah habis. Ini isu yang besar.


Pembinaan Jambatan Marudi yang bermula pada 2019 Dan sepatutnya siap pada tahun ini. Gambar kredit JKR Sarawak


Bukan lagi soal jambatan itu hanya mencapai 15 peratus pembinaan kemudian kita tukar kontraktor untuk meneruskan projek itu.


Kerajaan dan kontraktor perlu bersikap telus dan memberitahu rakyat. Sekiranya peruntukan itu telah habis digunakan sedangkan hanya 15 peratus yang siap, jadi kontraktor dan kerajaan mesti jelaskan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Borneo Network.


Roland mengulas isu kelewatan Jambatan Marudi yang hanya mencapai 15 peratus pembangunan sejak mulai dibina pada 2019.


Cadangan pembinaan Jambatan Marudi. Gambar kredit JKR Sarawak


“Ini isu yang saya nak bangkitkan. Mengenai usaha kerajaan menyambung semula projek itu,itu tak apa.  Itu memang tanggungjawab kerajaan.


Tapi bila kerajaan perlu ‘top up’ lagi peruntukan itu, ini masalah dia. Kerajaan perlu jawab,” katanya.



Jika jambatan ini hanya siap 15 peratus dan kontraktor sebelum ini menunjukkan prestasi buruk dan ditukar, itu saya faham. Saya cuma hendak tahu sama ada terdapat keperluan untuk ‘top up’ peruntukan, katanya.


Terkini, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Insfrastruktur) Sarawak Ir. Aidel Lariwoo berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sudah melantik kontraktor penyelamat bagi meneruskan pembinaan jambatan tersebut.


“Setakat ini, pembinaan jambatan itu sudah mencapai 15 peratus pembinaan. Ia tergendala akibat kelemahan kontraktor dan pelbagai masalah yang dikenal pasti,” katanya semasa lawatan ke tapak Jambatan Marudi pada 9 Ogos lalu.


Sementara itu, tinjauan di kawasan tapak pembinaan Jambatan Marudi mendapati kerja pemasangan cerucuk sudah dimulakan di tebing sungai dari arah Miri.


Pembinaan Jambatan Marudi dua lorong sehala sepanjang 650 meter merentangi Sungai Baram ini mulai dilaksanakan pada 25 Januari 2019 dan dijadualkan siap pada 24 Januari tahun ini.


Sementara itu, penduduk tempatan berharap jambatan tersebut dapat disiapkan tanpa mengalami sebarang kelewatan lagi.


“Kami sudah lama bergantung dengan feri dan berharap kali ini impian melihat jambatan itu siap menjadi kenyataan.


Kerajaan harus memantau projek ini dari semasa ke semasa kerana kami tidak dapat menerima hakikat projek ini tertangguh lagi pada masa depan,” katanya.


Dengan siapnya jambatan itu, ia memendekkan masa perjalanan ke pekan Marudi tanpa perlu menggunakan perkhidmatan feri.

×
Berita Terbaru Update