Pengarah syarikat dituduh terima rasuah RM568,000
![]() |
Tertuduh (kanan) mengaku tidak bersalah terima suapan berjumlah RM568,000 antara Julai 2019 hingga Oktober 2020. |
PUTRAJAYA— Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur hari ini atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM568,000 di antara Julai 2019 hingga Oktober 2020.
Tertuduh, Mohd Shazwan Shaharuddin, 37, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Tertuduh didapati menerima suapan secara berperingkat bagi membantu mendapatkan tender bagi kerja-kerja perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos notis saman Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
Rozina menetapkan perbicaraan semula pada 7 September depan dan mengenakan wang jaminan RM50,000 kepada tertuduh dengan dua orang penjamin selain pasport diserahlan kepada mahkamah.
Mahkamah turut mengarahkan tertuduh disenarai hitam untuk keluar negara selain melapor diri setiap bulan pada minggu pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noralis Mat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 manakala tertuduh diwakili peguam Ridha Abdah Subri.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.