-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Merdeka yang sendu di Kampung Bulantak

| Ogos 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-30T09:37:54Z
Sungai satu-satunya pengangkutan di Kampung Beluntak.

LIMBANG— Salim Anis, mengimbas pengalaman kanak-kanaknya yang terpaksa meredah kegelapan malam, menggunakan perahu melalui sungai dipenuhi buaya semata-mata mendapatkan rawatan demam panas di Hospital Limbang.


Kini, Salim penduduk Kampung Beluntak sudah berusia 28 tahun dan masih menggunakan perahu untuk ke bandar Limbang.


Setiap kali Hari Merdeka tiba, Salim hanya mampu menahan rasa sedih sambil memandang kampungnya yang  jauh ketinggalan dari segi kemudahan asas.


Keadaan serba daif di Kampung Beluntak


Seperti penduduk yang lain, Salim sudah lama memendam rasa untuk menikmati kemudahan asas seperti jalan raya dan bekalan elektrik.


“Apa yang hendak diraikan dalam keadaan kampung kami yang masih kekurangan. Bukan kami tak menghargai, tetapi lihatlah keadaan.


Kami cemburu melihat kampung lain di kawasan ini yang sudah mempunyai kemudahan asas seperti jalan raya dan elektrik,” katanya kepada Borneo Network.


Salim Anis


Menurut Salim, Kampung Bulantak dianggap kampung yang ‘dekat tapi jauh' susulan ketiadaan akses jalan raya  selain  Kampung Limpaku Pinang di dalam kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota.


Kampung itu  mempunyai sekitar 60 orang penduduk, 12 buah rumah dan hanya dapat diakses melalui sungai yang mengambil masa sekitar 40 minit dari bandar Limbang.


“Lebih dua dekad saya menunggu pembangunan namun tidak banyak yang ditunaikan. Ironinya penduduk di sini merupakan penyokong tegar kerajaan dari dulu hingga pemerintahan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


“Kami mengharapkan kawasan ini dibangunkan seperti kawasan lain di DUN Bukit Kota.


Katanya, ketiadaan jalan raya menyebabkan penduduk terpaksa bergantung dengan genset untuk bekalan elektrik.


Menurut Salim, sebelum ini kerajaan negeri  bercadang membina jalan di bawah projek Lebuh Raya Pesisir Utara.


“Jalan raya ini penting untuk memudahkan bekalan elektrik dan pembinaan kemudahan lain seperti telekomunikasi.


Ketiadaan jalan raya amat menyukarkan penduduk terutama jika berlaku kes kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Limbang.


“Bayangkan jika ada jalan, banyak kemajuan boleh dilakukan, penduduk boleh  berniaga hasil laut  tanpa memerlukan modal besar berbanding menggunakan pengangkutan sungai yang menelan kos besar,”jelasnya.


Sejak tiga tahun lepas penduduk dibekalkan dengan tangki air terawat dari sumber air hujan.


Terdapat juga balai raya  tetapi tidak boleh digunakan kerana keadaannya yang  usang.


Mohd Azrin


Rakan sebaya, Mohamad Azrin Mat Jinin 29, kerajaan GPS mendengar keluhan penduduk di situ.


“Kos kehidupan di sini tinggi, kami  perlu berbelanja  tiga kali ganda dari di bandar terutama  kerana menggunakan petrol untuk menghidupkan genset.


Setiap hari kami membelanjakan sekitar RM10 hingga RM20 untuk kegunaan genset mulai jam 6 petang hingga 12 tengah malam setiap hari.


Video

“Nak berhubung dengan ahli keluarga yang jauh memang sukar kerana tiada talian telefon, malah capaian internet juga tidak ada,”jelasnya lagi.


Mohamad Azri yang bekerja sebagai nelayan amat berharap kerajaan dapat berbuat sesuatu untuk membantu penduduk khususnya golongan belia.


“Cuba letakkan situasi anda (pemimpin GPS) dalam situasi kami. Bagaimana anak muda di sini dapat mengeluarkan diri daripada kancah kemiskinan jika kemudahan asas waima jalan raya tidak dapat disediakan?



Laungan kemerdekaan ini hanya sesuai untuk keamanan, namun dari segi kemajuan kami jauh dipinggirkan,” katanya.

×
Berita Terbaru Update