-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Indonesia lancar Kod QR pembayaran rentas sempadan

| Ogos 30, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-30T08:14:42Z

JAKARTA-- Presiden Indonesia Joko Widodo pada Isnin melancarkan Kod Respons Pantas Antarabangsa Standard Indonesia (QRIS) yang akan menghubungkan sistem pembayarannya ke negara-negara di seluruh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).


Dibangunkan oleh bank pusat negara itu, Bank Indonesia, kod itu membolehkan pengguna dari satu perkhidmatan pembayaran di negara itu memindahkan dana ke mana-mana perkhidmatan pembayaran di ASEAN dan sebaliknya, lapor Xinhua.


“Sistem yang ditambah baik itu menunjukkan negara kita boleh menyesuaikan diri dengan ekonomi digital dan kita tidak jauh ketinggalan daripada negara-negara lain,” kata Widodo semasa majlis pelancaran yang disiarkan secara maya oleh Pejabat Sekretariat Presiden.


Beliau optimis QRIS antarabangsa berkenaan akan dapat meningkatkan kecekapan kos bagi pemilik perniagaan, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana serta sektor pelancongan, untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan dengan nilai kompetitif di pasaran global.


Menurut Gabenor Bank Indonesia Perry Warjiyo, Thailand menjadi negara pertama yang menghubungkan sepenuhya sistem pembayarannya dengan QRIS. Malaysia, Singapura dan Filipina telah komited untuk mengikutinya dalam masa terdekat.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update