Kerajaan tak cadang ubah Perjanjian Malaysia 1963 kepada akta baharu

Kerajaan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta baharu, MA63, Sarawak Update
Datuk Hanifah Hajar Taib 

KUALA LUMPUR— Kerajaan tidak bercadang untuk mengubah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada akta baharu, sebaliknya akan menggunakan platform sedia ada iaitu melalui Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 bagi membincangkan sebarang perkara berbangkit, Dewan Negara diberitahu hari ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Hanifah Hajar Taib berkata sehingga kini lima tuntutan daripada kerajaan Sabah dan Sarawak telah diselesaikan termasuk meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2021 berkaitan MA63 di Parlimen tahun lepas.


“Kerajaan juga telah menyelesaikan penyerahan kuasa kawal selia gas petroleum cecair (LPG) kepada kerajaan Sarawak pada Jun lepas dan pemberian kuasa mengenai pelesenan perikanan laut kepada kerajaan Sarawak pada 7 Jun lepas,” katanya menjawab soalan Senator Datuk John Ambrose yang ingin tahu status terkini usaha kerajaan Persekutuan dalam mengembalikan hak Sarawak dan Sabah yang terkandung dalam MA63.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.