3 cedera, dua kereta bertembung di Landeh

3 cedera, Dua kereta bertembung, Kampung Landeh, Sarawak Update
Anggota bomba sedang membantu mengeluarkan salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di Kampung Landeh, pagi tadi. Gambar kredit Bomba

PADAWAN--Tiga cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta yang bertembung di jalan Kampung Landeh, di sini pagi tadi.


Komander Operasi, PBK II Nasihin Jaum berkata, Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Siburan bersama lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 8.53 pagi.


Gambar Bomba


"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan bertembung iaitu kereta jenis Toyota Corolla dan Perodua Axia.


"Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di dalam kenderaan jenis Toyota manakala dua orang mangsa lelakidalam kenderaan jenis Perodua Axia telah berjaya keluar dari kenderaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Gambar Bomba


Katanya,anggota telah berjaya mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang tersepit di bahagian kaki  dengan menggunakan peralatan menyelamat.


"Kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) bagi tindakan rawatan selanjutnya.


"Setelah melakukan perbersihan jalan dan mendapati keadaan selamat, anggota seterusnya berangkat  balik ke balai," jelasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.