Abdul Karim tegur pelancong conteng, bawa batu keluar dari gua

Tindakan menconteng dan membawa batu keluar dari gua mencacatkan keindahan khazanah alam semula jadi - Abdul Karim 

KUCHING—Sarawak akan terus kekalkan dasarnya untuk menarik pelancong berkualiti ke negeri ini dan tidak terlalu terbuka kepada semua pelancong.


Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah langkah ini bagi memastikan khazanah alam semula jadi yang menjadi tarikan pelancongan di negeri ini terus terpelihara daripada laku musnah pelancong tidak bertanggungjawab.


“Terdapat segelintir pelancong itu apabila masuk dalam gua, dia conteng (gua) dan bawa batu balik dan sebagainya. Tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mencacatkan keindahan khazanah alam semula jadi negeri.


Justeru, kita mahu pelancong yang berkualiti, baiknya dari tempatan atau dari luar negara dan memang itulah dasar kita dari dahulu," katanya.


Beliau berkata ketika ditemui media di majlis sambutan Hari Integriti Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.


Abdul Karim berkata demikian mengulas gesaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam agar dasar pelancongan negeri diperbaiki seiring dengan keperluan semasa.


"Kalau kita lihat program yang kita lakukan, promosi yamg kita buatkan sebelum dan ketika ini, ia lebih menjurus kepada ‘niche’ pemasaran dan kategori istimewa pelancong, "tambahnya.

Next Post Previous Post