Notification

×

Iklan

Iklan

Ahli Parlimen GPS lemah dan lembik di Dewan Rakyat?

| Ogos 18, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-18T12:42:54Z
Datuk Othman Abdillah (tengah) semasa sidang media selepas pengumuman penubuhan Gagasan Rakyat Sarawak (GRS) di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

KUCHING—Presiden Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) Datuk Othman Abdillah menyifatkan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) lemah dan 'lembik'.


Ini kerana tegasnya, isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sering dilaungkan sejak dahulu lagi dilihat tiada penghujungnya.



Tambahnya, Ahli-Ahli Parlimen GPS juga dikatanya 'senyap' selepas menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dalam memperjuangkan hak-hak Sarawak di bawha MA63 yang telah terhakis sejak dulu lagi.


"Sebelum PRU14 sana MA63 sini MA63 tetapi selepas menang hilang cerita MA63 sampai sekarang. Apa yang kita dapat? Kita sendiri dengar orang-orang Sarawak mewakili Parlimen bertengkar sesama sendiri.


"Kita baca berita dalam surat khabar bertanya apa yang mereka buat. Kita harapkan mereka memperjuangan hak kita di Sarawak tetapi mereka gaduh sesama sendiri.


"Lembik tiada apa yang telah capai anda harus tahu jawatankuasa pemilihan bincang pasal MA63 yang telah terhakis... Jawatankuasa khas dan macam-macam lagi nama tetapi satu benda pun tidak menjadi," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman penubuhan Gagasan Rakyat Sarawak (GRS) di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.


Hadir sama Presiden Aspirasi Lina Soo (Aspirasi), Presiden PBDS Baru Bobby William, Pengerusi Tetap PBDS Baru Dr John Brian Anthony dan ahli-ahli parti lain.


Tambah Othman, punca kegagalan Ahli-Ahli Parlimen GPS di Parlimen dalam memperjuangan hak-hak Sarawak di bawah MA63 adalah mereka lemah.


"Sebab apa (ini berlaku), sebab Ahli-Ahli Parlimen GPS kita lemah itulah alasannya sangat mudah, satu benda pun tidak dapat.


"Rakyat masih miskin kalau kita lihat bagaimana kehidupan rakyat terutamanya di luar bandar 40 hingga 50 tahun dulu hingga sekarang masih sama," ujarnya.

×
Berita Terbaru Update