Lelaki samun kedai 7 Eleven di Kuching, Samarahan dicekup


KUCHING-- Polis berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki suspek kes samun sebuah kedai serbaneka, 7 Eleven di sini dalam tempoh 24 jam. 


Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditangkap sekitar jam 2.15 petang pada 14 Julai oleh pasukan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di kawasan Bandaraya ini. 


"Suspek lelaki tempatan itu turut memiliki dua rekod siasatan lampau. Bagaimanapun saringan air kencing adalah negatif (dadah)," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Tambahnya, polis turut dirampas rokok, tin minuman keras dan wang tunai yang dipercayai disamun oleh suspek di premis 7 Eleven kawasan Tabuan Jaya pada 13 Julai 2022 dan 16 jun 2022 .  


Jelasnya, dengan kejayaan ini polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun melibatkan premis 7 Eleven di kawasan Kuching dan Samarahan. 


"Suspek direman selama 6 hari sehingga 21 julai 2022 dan siasatan dibuka di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. 


"Jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat," tegas Ahsmon lagi.

Next Post Previous Post