-->

Notification

×

Iklan

Iklan

4 cedera kemalangan 3 kenderaan di Jambatan Santubong

| Julai 26, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-26T05:02:44Z
Anggota bomba membantu mangsa yang cedera dalam kemalangan di Jambatan Santubong pagi tadi. Gambar kredit Bomba

KUCHING—Empat cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jambatan Santubong, Jalan Sultan Tengah, di sini pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada orang awam jam 7.08 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Padungan ke lokasi kejadian.


Keadaan motosikal yang terlibat dalam kemalangan. Gambar kredit Bomba


"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan jenis Perodua Axia, Perodua Kelisa  dan sebuah motosikal.


"Tiada mangsa terlibat tersepit dalam kemalangan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pihak Bomba hanya mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan bantuan  menghantar mangsa ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS.

×
Berita Terbaru Update