Remaja lelaki maut, kereta rempuh pokok

Mangsa maut di lokasi kejadian selepas melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Baram Bypass pagi tadi. Gambar PDRM

MIRI—Seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Kuala Baram Bypass berhampiran sebuah stesen minyak di Permyjaya awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan media mengesahkan menerima laporan kejadian pada 2.43 pagi.


Bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa. Gambar PDRM


"Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang remaja lelaki warga tempatan berumur lingkungan 18 tahun, kenderaan yang dipandunya telah terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebatang pokok," katanya.


Akibat daripda kemalangan tersebut, mangsa telah meninggal dunia ditempat kejadian dan disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Miri.


Susulan kejadian, satu kertas siasatan dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Miri dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi menjalankan siasatan lanjut.

Next Post Previous Post