Kajian lumut untuk bahan api bio siap dalam enam bulan

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap merasmikan Expo Pendidikan Sarawak. Gambar kredit Sarawakku

KUCHING—Hasil penyelidikan kerajaan Sarawak mengenai daya maju ekonomi terhadap penggunaan algae untuk menghasilkan bahan api biologi, akan diketahui sekurang-kurangnya enam bulan lagi.


Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata penyelidikan itu yang sebelum in pernah dinyatakannya, dijalankan ole penyelidik dilantik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), sedang mempertimbangkan jumlah dan harga bahan api yang akan dihasilkan.


Bergambar bersama penerima anugerah pelajar cemerlang. Gambar kredit Sarawakku


"Jika harganya bersesuian, jumlahnya boleh dikomersialkan, barulah kita boleh hasilkan dalam jumlah yang banyak. Kita akan pertingkatkan lagi jumlahnya dari situ dan kita boleh hasilkan bahan api biologi untuk pesawat," katanya kepada media selepas merasmikan Expo Pendidikan Sarawak di sini hari ini.



Beliau berkata penyelidikan dalam bidang seperti itu perlu dilakukan oleh pihak yang berkemahiran tinggi dalam biologi dan kimia dan in merupakan salah satu contoh untuk menjelaskan kenapa beliau menekankan untuk lebih ramai pelajar melanjutkan pegajian dalam bidang sains dan bukan sains sosial. 


Abang Johari juga menggesa rakyat Sarawak untuk mengamalkan budaya ingin tahu bagi memupuk semangat meneroka penyelesaian yang membawa negeri ke arah pembangunan lebih tinggi.


— BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.