Bersediakah kita menghadapi kenaikan harga beras?

Gambar hiasan kredit Pille R. Priske via unsplash

Selepas gandum, harga beras pula diramal naik dalam tempoh terdekat.


Ketua Ekonomi Bank Nomura, Jepun Sonal Varma berkata, Indeks Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan, harga beras antarabangsa sudah naik selama lima bulan berturut-turut.


“Nilainya sudah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 12 bulan terakhir.


Kita perlu memantau harga beras untuk masa hadapan. Kenaikan harga gandum menyebabkan pengguna beralih kepada beras. Ini pasti meningkatkan permintaan dan menurunkan stok yang ada,” kata Sonal, dipetik CNBC hari ini.


Sonal menambah, beras merupakan makanan ruji penduduk di negara-negara Asia, yang paling terjejas sekiranya harga komoditi itu terus mencanak.


“Walapun bekalan ini masih melimpah-ruah di Asia, namun kita perlu bersiap sedia menghadapi kenaikan harga beras.


Ini kerana, harga beberapa produk makanan seperti gandum, biji-bijian, daging dan minyak masak telah melonjak pada tahun ini,” katanya.


Beliau menambah, terdapat beberapa faktor menyebabkan kenaikan harga, antaranya peningkatan kos baja, upah pekerja, konflik Rusia-Ukraine selain larangan eksport sebahagian komoditi seperti minyak sawit, gandum dan ayam.


“Sebagai contoh Indonesia melarang eksport minyak, Malaysia melarang eksport ayam, India melarang eksport gandum manakala Ukraine pula menghentikan eksport gandum, oat dan gula.


Semua faktor ini serta banyak perkara lain dijadikan alasan untuk menaikkan harga,” kata Sonal.


Reuters sebelum ini melaporkan, Thailand dan Vietnam pada Mei telah berbincang untuk sama-sama menaikkan harga ekport beras. Empat syarikat pengekport juga dilaporkan sudah memberi stok yang besar dari India sejak dua minggu lepas.


“Pada masa kini, kebimbangan saya ialah India akan melarang ekport beras dalam masa beberapa minggu akan datang, selepas larangan ekports tepung dan dan gula,” kata penyelidik kanan Institut Penyelidikan Polisi Makanan Antarabangsa, David Laborde kepada CNBC.


India merupakan pengeluar terbesar beras kedua dunia iaitu sebanyak 23.5 peratus selepas China (28 peratus) diikuti Indonesia yang menyumbang 7.2 peratus.

Next Post Previous Post