Polis rampas arak, rokok lari daripada cukai bernilai RM350,000

Rampasan rokok dan minuman keras pelbagai jenama di belakang kedai di pasar Serian. Gambar kredit IPK Sarawak

SERIAN—Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontijen (IPK) Sarawak merampas rokok dan minuman keras pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM350,000 dalam serbuan di belakang kedai di pasar Serian, hari ini.


Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, serbuan jam 4.41 pagi itu dilakukan susulan penahanan sebuah motolori dalam keadaan yang mencurigakan berada di lokasi tersebut.



"Hasil pemeriksaan berjaya menjumpai beberapa kotak mengandungi minuman keras dan rokok tidak bercukai," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Aswandy, sebanyak 790 kotak minuman keras jenama Calsberg, 1370 kotak minuman keras jenama Tiger dan 33 kotak rokok Dunhill telah dirampas untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, pasukan turut menahan dua  lelaki tempatan berumur 30 dan 33 tahun bagi membantu siasatan.


"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.

Next Post Previous Post