Warga emas maut motosikal rempuh pikap

Keadaan kemalangan membabitkan sebuah motosikal selepas merempuh sebuah pikap di Jalan Igan. Gambar kredit JSPTS

SIBU—Seorang warga emas lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pikap yang mahu masuk simpang di Jalan Igan di sini pagi tadi. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Bingkok John berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Tan Lian Sing, 71, beralamat di Jalan Wawasan, Sibu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala. 


"Kemalangan berlaku semasa pikap yang dipandu seorang peniaga wanita, 49, bergerak dari pusat bandar menuju ke arah Igan. 


"Ketika sampai di suatu tempat di Jalan Igan, pikap berkenaan sedang bergerak perlahan dan memasang lampu petunjuk untuk membelok ke kanan jalan tiba-tiba telah dilanggar dari arah belakang oleh motosikal yang ditunggang mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Jelasnya akibat kemalangan warga emas lelaki terbabit mengalami kecederan pada bahagian kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.


Tambah Bingkok, lokasi kemalangan adalah jalan lurus dua hala dan baru diturap.


"Cuaca semasa kejadian adalah baik dan permukaan jalan basah selepas hujan waktu siang hari," ujarnya. 


Tegasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Next Post Previous Post