Notification

×

Iklan

Iklan

Pintu sempadan Brunei dibuka 1 Jun ini, rancak kembali ekonomi dua hala

| Mei 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-05-29T07:23:56Z
Suasana lenggang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sarawak (CIQS) di Sungai Tujuh. Gambar arkib

MIRI—Pintu sempadan darat dan laut Brunei Darussalam yang akan dibuka semula bermula 1 Jun ini memberi kelegaan semua pihak terutamanya kepada usahawan di negeri ini yang bakal merancakkan semula pertumbuhan ekonomi dua hala.


Pengerusi Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Miri Mohammad Hafidz Rohani menerusi laporan Suara Sarawak dipetik berkata, keputusan yang dibuat Kerajaan Brunei itu amat bertepatan.


Pembukaan pintu sempadan darat mulai 1 Jun ini dijangka memuliihkan sektor ekonomi di sini. Gambar arkib


Jelasnya, pembukaan pintu sempadan negara itu bakal menyaksikan pertambahan kedatangan pengunjung luar khususnya dari negara tersebut masuk ke bahagian Miri.


"Ini akan memberi kesan positif kepada sektor pelancongan, peruncitan dan restoran yang akan mendapat manfaat besar dengan pembukaan sempadan ini nanti.


“Pada masa yang sama, kadar tukaran mata wang yang tinggi juga akan menyebabkan kuasa beli dari negara jiran meningkat sekali gus menguntungkan usahawan di sini," katanya semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Pra Gawai anjuran DUBS Cawangan Miri di sini, hari ini.


Mohammad Hafidz (empat kiri) semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Pra Gawai anjuran DUBS Cawangan Miri di sini, hari ini. Gambar kredit Suara Sarawak 


Berikutan pembukaan semula pintu sempadan darat dan laut Brunei itu, beliau mengingatkan usahawan di Miri bersiap sedia untuk menerima lonjakan pengunjung di kawasan tersebut.


Selain itu, Mohammad Hafidz berkata, para usahawan juga perlu menyemak semula kos-kos perniagaan supaya keuntungan dapat dikekalkan.


Jelas beliau, ia susulan kenaikan kos beberapa bahan mentah pada masa ini.


"Malah, dengan gaji baharu minimum serta kekurangan tenaga kerja yang pastinya akan menaikkan kos pengendalian dan operasi perniagaan," ujarnya

×
Berita Terbaru Update