Bomba tangkap buaya di tengah jalan

Gambar hiasan kredit unsplash

PENGERANG—Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor menangkap seekor buaya dengan ukuran panjang 4.6 meter yang berada di tengah jalan di Jalan Tiong Nam, Jalan Bypass Rapid Pengerang, tengah malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebana Cove Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira 12 tengah malam.

Beliau berkata dua jentera dari BBP Sebana Cove dan Sungai Rengit dengan 16 anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seekor buaya berukuran panjang 15 kaki (4.6m) di tengah jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya buaya itu kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

Operasi berkenaan ditamatkan kira-kira 1.40 pagi.

-- BERNAMA
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.