Rumah pekerja terbakar, 30 penghuni tinggal sehelai sepinggang

Api sedang marak memusnahkan satu blok rumah pekerja yang didiami 30 pekerja di Jalan Pan Borneo Jalan Miri-Bintulu malam tadi. Gambar BBP Batu Niah

MIRI— Seramai 30 pekerja hilang sehelai sepinggang selepas satu blok rumah pekerja dua tingkat yang dihuni mereka musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 7.24 malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Rary Binjie ketika dihubungi mengesahkan, sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran yang berlaku.

"Sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan Blok F rumah pekerja dua tingkat jenis tidak kekal di Kem Gelasah itu," jelasnya.


Menurut Rary, setelah melakukan 'size-up' pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut dengan menggunakan satu aliran 200 kaki 2 nozel yang mana sumber air nya diperoleh dari air jentera dan sumber air terbuka bagi mengawal serta memadam kebakaran yang berlaku.

Pasukan bomba katanya mengambil masa hampir dua jam bagi memadam kebakaran yang man api terkawal sepenuhnya pada jam 9.05 malam.


Beliau sebagai berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati kebakaran dipercayai berpunca dari tingkat atas rumah pekerja terbabit.

"Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa kerana semua penghuninya berjaya lari menyelamatkan diri," ujar beliau.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami penghuninya bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Next Post Previous Post