Polis temui semula kereta yang hilang di Sekama

Kereta yang dilaporkan hilang di Balai Polis Sekama, Kuching ditemui semula di sebuah kebun di Jalan Stephen Yong. Gambar IPD Padawan 

KUCHING— Sebuah kereta jenis Proton Waja bewarna perak yang pernah dilaporkan hilang di kawasan Sekama ditemui semula di sebuah kebun Jalan Stephen Yong pada Isnin.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerusi hantaran di Facebook memberitahu, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan sebuah kereta ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di lokasi terbabit.

“Sepasukan polis Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Padawan bergegas ke lokasi bagi menyiasat.

Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut disyaki menggunakan nombor pendaftaran palsu dan semakan mendapati kenderaan tersebut pernah dilaporkan hilang di Balai Polis Sekama Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru pihak polis menasihati orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kereta itu segera menghubungi Pusat Kawalan Gerakan IPD atau Balai Polis yang berdekatan untuk tindakan.

Orang awam boleh menyalurkan maklumat melalui pusat kawalan atau IPD Padawan di talian 082 862233.
Next Post Previous Post