Motosikal rempuh kereta, dua lelaki terpelanting ke udara

Anggota APM sedang menyelamatkan mangsa. Gambar kredit APM

MIRI— Dua lelaki terpelanting beberapa saat ke udara selepas sebuah motosikal yang ditunggang mereka merempuh belakang sebuah kereta pada petang Ahad.

Insiden dilaporkan berlaku tidak jauh dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri.

Menurut pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri (APM) Kapten Usman Harto, empat anggotanya dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian sekitar jam 4.33 petang itu.

Anggota APM mengangkat mangsa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Miri. Gambar kredit APM

Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa terbabit terbaring di tengah jalan dengan kecederaan pada bahagian badan dan kepala.

"Setibanya pasukan kita tiba untuk membuat rawatan awalan, krew kita mendapati kedua-dua mangsa dipengaruhi alkohol,"ujarnya.

Manakala, pemandu kereta yang dilanggar dari belakang oleh motosikal mangsa tidak mengalami seberang kecederaan.

Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Next Post Previous Post