Abdul Karim gesa KKM, JPBNS pertimbang hapuskan syarat wajib pelitup muka

Abdul Karim (tengah) bercakap pada sidang media pelancaran RWMF 2022. Gambar kredit The Borneo Post.

KUCHING—Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak perlu mengkaji semula pendekatan dalam menguruskan pandemik COVID-19 seperti mana negara lain termasuk menghapuskan mandatori penggunaan pelitup muka.

Perkara ini ditegaskan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Strategi COVID-19 Malaysia dilihat masih 'ketat' berbanding negara lain walaupun telah membenarkan kebanyakan sektor ekonomi dibuka dan memasuki fasa peralihan ke endemik.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan itu menambah negara lain seperti Singapura dan United Kingdom telah pun mengeluarkan sebahagian mandatori penggunaan topeng muka, dengan orang ramai diberi pilihan sama ada untuk memakai topeng muka atau tidak, dan beliau berharap Malaysia akan memasuki fasa itu tidak lama lagi.

"Secara peribadi, saya sendiri tidak mahu pakai pelitup muka jika ada pilihan. Begitulah keadaannya (yang rakyat mahukan)," katanya dipetik menerusi laporan The Borneo Post semalam.

Beliau semasa sidang media selepas melancarkan Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022 di Muzium Budaya Borneo berharap agar KKM dan JPBNS mempertimbangkan perkara tersebut tatkala negara dalam fasa peralihan ke endemik.

Mengenai prosedur operasi standard (SOP) RWMF yang akan berlangsung selama tiga hari di Kampung Budaya Sarawak (SCV), Abdul Karim berkata, kapasiti sehari adalah 5,000 orang.

"Saya sangat bangga produk tempatan (RWMF) kita berkembang yang dahulunya hanya 300 pengunjung semasa penganjuran pertamanya pada 1998, kini menjadi festival berpestij dan hibrid di Malaysia," katanya.

Jelasnya, RWMF kali ini diadakan dari 17 hingga 19 Jun selaras dengan sambutan Jubli Perak festival ini.
Next Post Previous Post