MoU Kerajaan dan Pembangkang batal?
KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) telah melanggar Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, apabila meminta undi belah bahagian dijalankan bagi usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata pada hemat beliau, tindakan pembangkang itu menyebabkan MoU berkenaan terbatal.
“Pada hemat saya, dengan tindakan itu, maka terbatal sudah MOU berkenaan. Dan ini satu ‘blessing in disguise’, kerana YAB Perdana Menteri kini bebas untuk membatal atau menggantung pelaksanaan MoU tersebut,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Beliau berkata Perkara 3.3 (b) MoU itu menyatakan PH bersetuju mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam apa-apa usul yang dikemukakan oleh kerajaan.
Annuar berkata tindakan PH, sekali gus memudahkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dandengan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melaksanakan mandat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021, berhubung pembubaran Parlimen.
Katanya, ia juga membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan, selari dengan keputusan PAU 2021.
“Gantung MoU! Jom!... Kita buat persiapan dan bersedia untuk PRU15,” menurut catatan itu.
TERDAHULU, Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA bagi tempoh lima tahun lagi, tidak diluluskan Dewan Rakyat, hari ini.
Usul yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan, setelah melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.
Mengumumkan keputusan undi itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata seramai 50 Ahli Parlimen tidak hadir.
Terdahulu ketika menggulung usul itu, Hamzah berkata peruntukan Subseksyen 4(5) Akta itu perlu dilanjutkan dan tempoh tahanan 28 hari dikekalkan, bagi memberi ruang masa yang cukup kepada pihak polis bagi melengkapkan siasatan kes-kes kesalahan keselamatan, yang bersifat rumit dan kompleks.
“Tanpa subseksyen ini dilanjutkan, kualiti siasatan polis dikhuatiri akan terjejas, kerana ia dibuat secara tergesa-gesa iaitu selama 24 jam sahaja untuk menjalankan siasatan, menyediakan kertas siasatan, melengkapkan kertas siasatan dan seterusnya mengemukakannya kepada Timbalan Pendakwa Raya, untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Kali terakhir tambahan lima tahun bagi subseksyen itu disemak dan diluluskan oleh Parlimen ialah pada 4 April, 2017, dan ia akan berakhir pada 31 Julai ini.
Terdahulu, seramai 16 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu, dengan rata-rata blok pembangkang yang tidak bersetuju atas alasan khuatir pelanjutan subseksyen berkenaan disalah guna bagi tujuan politik.
Menjawab perkara itu, Hamzah berkata ia hanyalah persepsi negatif yang tidak benar, memandangkan Subseksyen 4 (3) akta itu dengan jelas menyatakan, tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen berkenaan, hanya kerana kepercayaan atau aktiviti politiknya.
“Maka tidak timbul tentang isu politik yang disalah guna PDRM. Pada hemat saya, saya tak percaya bahawa PDRM berpolitik dalam mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa SOSMA 2012 tidak akan dihapuskan, kerana ia amat baik demi menjaga keselamatan negara, sebaliknya hanya perlu ditambah baik.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan usul ini bukan sebahagian dari MoU dengan kerajaan.

"Seperti yang dijelaskan beberapa rakan Ahli Parlimen, usul ini bukan sebahagian dari MoU di antara Kerajaan dan Pakatan Harapan, dan penolakannya tidak mendatangkan kesan sama sekali kepada perjalanan MoU tersebut," katanya.
Dia memuji tindakan pembangkang menyanggah usul itu.
" Saya ikuti perjalanan sidang Dewan Rakyat hari ini khususnya terkait usul yang dibawa Menteri Dalam Negeri berhubung Akta SOSMA walaupun masih dalam tempoh kuarantin.
Penghargaan saya buat seluruh saf Pembangkang kerana telah menyatakan pendirian yang teguh dan utuh, serta berjaya menolak usul tersebut, " kata Anwar.
Anwar menyambut baik usaha Perdana Menteri meneruskan rundingan dengan pembangkang berhubung isu undang-undang lompat parti.
" Saya juga mengambil maklum pertemuan pimpinan Pakatan Harapan bersama Perdana Menteri siang tadi, dan komitmen beliau untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dalam satu sidang khas Parlimen pada April.
Semoga segala usaha kita dipermudah demi rakyat Malaysia, " tegasnya.
-- BERNAMA