Dua cedera, 4WD rempuh lori kargo rosak tengah jalan


MUKAH-- Dua wanita nyaris maut selepas pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki merempuh lori kargo dalam kemalangan di Kilometer 6, Jalan Mukah-Balingian sekitar jam 5 awal pagi tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah dalam kenyataannya hari ini berkata, semasa kejadian, mangsa masing-masing berusia 26 dan 61 tahun dalam perjalanan dari Balingian menghala ke Mukah.

"Sebaik sampai di lokasi kejadian, 4WD terbabit tiba-tiba merempuh lori kargo yang parkir di tengah jalan kerana mengalami kerosakan," ujarnya.


Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan itu kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah untuk mendapat rawatan.

Pemandu lori terbabit yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes akan disiasat di bawah Peraturan 10 LN166/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.
LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.