Bangkai ikan paus dijumpai terapung di Batang Lupar

SRI AMAN-- Seekor bangkai dipercayai ikan paus dijumpai terapung di perairan Sungai Batang Lupar dekat Kampung Pulau Seduku, hari ini.

Penemuan bangkai paus itu menjadi tular apabila video berdurasi 49 saat dimuat naik seorang pengguna di media sosial Facebook hari ini.

Video berkenaan mendapat lebih 1,000 kali perkongsian, 705 like dan 100 komen.

Difahamkan bangkai ikan paus itu dijumpai nelayan tempatan pagi tadi ketika hendak turun menangkap ikan.

Mamalia itu pertama kali dijumpa di perairan Batang Lupar, dipercayai tersesat sebelum dibawa arus semasa air pasang besar sebelum memasuki perairan Sungai Batang Lupar.
Next Post Previous Post