Rangka lelaki hilang mencari rebung di hutan ditemui mati di laluan kebun selepas 40 hari

SRI AMAN -- Rangka seorang lelaki yang hilang semasa keluar mencari rebung di hutan sejak 21 April lepas ditemui pasukan SAR di kawasan kebun sejak petang semalam ditemui mati di laluan kebunnya di Jalan Bakong berhampiran Loji Pam Aja Stumbin di sini pagi tadi.



Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, rangka mangsa iaitu Sebli Paying berusia 52 tahun dijumpai pasukan SAR di laluan menuju ke kebun mangsa dalam Radius 200 Meter Dari Lokasi motosikal dijumpai.


"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Taklimat oleh Ketua Balai Sri Aman ASP Leonard Mallaca selaku Komander Operasi kepada semua anggota operasi SAR, operasi pencarian sekitar tempat penemuan terbaru lokasi motosikal mangsa dijumpai telah dibuka semula hari ini.


Operasi SAR hari ini turut dibantu oleh unit K9 JBPM, PDRM, APM dan penduduk kampung.

"Pasukan SAR kemudiannya bergerak ke lokasi pencarian mangsa hilang di Jalan Bakong berdekatan Loji Pam Air Stumbin sebelum rangka mangsa dijumpai pada jam 11.35.pagi," jelasnya.


Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Next Post Previous Post