Lelaki maut, kenderaan SUV dipandu rempuh pokok

LAWAS -- Seorang lelaki menemui maut selepas kenderaan SUV yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku berhampiran Kampung Temangis di Jalan Gaya awal pagi tadi.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ezra Labo David berusia 28 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan KKM yang turut berada di lokasi kejadian.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Lawas bergerak ke lokasi insiden sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan pada jam 3.20 pagi," ujarnya.


Pemeriksaan yang dijalankan pasukan bomba mendapati seorang mangsa terperangkap dalam kenderaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Setelah melakukan "size up", PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang terperangkap menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," tambah beliau.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post