Keadaan lalulintas kembali normal di Jakar selepas pihak berkuasa membuka dua laluan di kawasan Pan Borneo berhampiran pekan Jakar, Sarikei.

SARIKEI -- Adalah difahamkan Jalan Pan Borneo seksyen Jakar telah dibuka kepada pengguna jalan raya oleh petugas CMS dan polis trafik kira-kira jam 10.15 pagi tadi.

Kenderaan dari arah Kuching/Sri Aman/Betong akan menggunakan jalan Pan Borneo yang baru disiapkan manakala kenderaan dari arah Sibu/Sarikei akan menggunakan laluan dalam pekan Jakar.

Suara Sarawak memetik Ketua Polis Daerah Sarikei, P/ Superitendan Polis, Aswandy Anis berkata, keadaan teruk semalam apabila laluan yang sepatutnya dua lorong itu, hanya dibuka satu lorong terutama di kawasan pembinaan lebuh raya Pan Borneo.

Keadaan itu katanya, memaksa polis turun padang melakukan pemantauan bagi membantu melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan.

“Operasi trafik dilakukan sejak semalam dan masih diteruskan sekarang. Pada masa yang sama, jalan yang ditutup sebelum ini juga telah dibuka bagi melancarkan aliran trafik” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Sehubungan itu, Aswandy menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan saling bertolak ansur bagi memastikan insiden yang sama tidak berulang.

Visual keadaan trafik hari ini sekitar tengah hari tadi. Video ihsan Jakarman
Next Post Previous Post