Affin Bank - Sarawak tunggu surat Bank Negara

KUCHING, 2 Mei — Kerajaan Sarawak masih menunggu kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Affin Bank Malaysia.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Openg berkata syarat pengambilalihan telah dimuktamadkan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). 

“Ia hanya menunggu secara rasmi kelulusan daripada BNM. Itu sahaja. Prosesnya sudah selesai,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Hari Raya Aidilfitri anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) di sini. 

Ditanya sama ada Sarawak akan melantik muka baharu, Abang Jo menjawab sudah semestinya.

"Apabila kita telah memperolehi kadar maksimum 32 peratus pegangan seperti yang dibenarkan oleh BNM, semestinya akan ada perubahan," katanya. 

Beliau berkata saham kerajaan dalam Affin Bank akan diletakkan di bawah Sarawak Incorporated. 

Pada masa ini, kerajaan Sarawak mempunyai 4.95 peratus kepentingan dalam bank itu. 

Kerajaan Sarawaknmembeli 112.56 juta saham itu pada pertengahan April tahun lalu pada harga RM1.97 sesaham atau RM221.74 juta secara keseluruhan.
Next Post Previous Post