Tragedi Kepala Air Di Sebat, 1 Lemas, 1 Masih Hilang

SEMATAN— Seorang lemas manakala seorang lagi masih hilang akibat kepala air ketika mandi di air terjun Kampung Sebat di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4. 55 petang dengan menggerakkan 11 angora Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan empat orang mangsa kesemua lelaki sekitar 30-an.Dua orang mangsa pertama telah berjaya dikeluarkan orang kampung dengan selamat.

“Seorang lagi mangsa turut berjaya dikeluarkan namun telah disahkan Meninggal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, seorang lagi mangsa masih hilang dan masih belum dijumpai sehingga kini, piha obmba masih berada di lokasi kejadian untuk usaha mancari dan menyelamat (SAR)

MAKLUMAT MANGSA:
- NAMA : Bong Lok Kiong
- UMUR : 20 Tahun
- JANTINA : Lelaki
- STATUS : Selamat

- NAMA : Augustine Wong Junn Wen
- UMUR : 20 Tahun
- JANTINA : Lelaki
- STATUS : Selamat

- NAMA : Vincent Tiong Kung Cheng
- UMUR : 20 Tahun
- JANTINA : Lelaki
- STATUS : Meninggal Dunia

- NAMA : Steven Chai Pok Yee
- UMUR : 20 Tahun
- JANTINA : Lelaki
- STATUS : Belum Dijumpai
Next Post Previous Post