Tender tak dapat, pengurus syarikat rugi RM78,000

MIRI— Seorang pengurus syarikat bahan binaan kerugian RM78,000 selepas diperdaya sindiket penyamaran dalam talian yang menawarkan tender projek untuk membekalkan barangan elektrik sekolah tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 30an pada 4 April lalu.

“Manga telah menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali (suspek) yang memperkenalkan diri dan mengaku dari pejabat pendidikan daerah Miri yang menawarkan tawaran projek baik pulih bangunan.

“Mangsa juga telah diperkenalkan oleh suspek sama untuk berurusan dengan pembekal barangan tersebut,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Bagaimanapun, mangsa hanya sedar dirinya diperdaya selepas membuat semakan terhadap projek tersebut dan mendapati projek baik pulih bangunan itu tidak wujud. 

“Mangsa telah mengalami kerugian sehingga berjumlah RM78,000,” katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun,sebat serta denda kerana menipu.
Next Post Previous Post