Masyarakat Indonesia rai Aidilfitri 10 April ikut Muhammadiyah, 11 April ikut NU

JAKARTA-- Masyarakat Indonesia dijangka meraikan bulan Syawal pada 10 April mengikut Pimpinan Pusat Muhammadiyah manakala organisasi keagamaan Nahdlatul Ulama (NU) pula menetapkan pada 11 April 2024.

Kontan.Co.Id melaporkan, terdapat dua tarikh 1 Syawal di Indonesia mengikut Muhammadiyah dan NU.

Mengikut perkiraan yang diguna pakai Muhammadiyah telah menetapkan Syawal 2024 atau Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah melalui Maklumat Pimpinan Pusat Muhammadiyah tentang penetapan Hasil Hisab Ramadan, Syawal, dan Dzulhijjah 1445 Hijrah.

Dalam maklumat tersebut, ditetapkan Lebaran 2024 jatuh pada Rabu, 10 April 2024. 

Dalam hal ini, puasa berlangsung selama 30 hari karana Muhammadiyah mengawalkannya pada 11 Mac 2024, bersamaan dengan Arab Saudi.

Muhammadiyah menggunakan kaedah hisab haikiki wujudul hilal dalam menetapkan awal bulan Hijriah. 

Hisab hakiki adalah kaedah hisab yang berpandukan pada gerak benda langit, khususnya matahari dan bulan faktual. 

Sedangkan wujudul hilal adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kondisi di mana bulan terbenam lebih lambat dari terbenamnya matahari.

Mengikut NU pula, penetapan 1 Syawal biasanya dilakukan menunggu keputusan sidang isbat yang digelar oleh Kemenag RI pada 29 Ramadan. 

Hal ini disebabkan penggunaan kaedah Rukyah Hilal oleh NU sama dengan pemerintah Indonesia.

Dengan demikian, perkiraan Lebaran 2024 versi NU sama dengan perkiraan pemerintah, iaitu Rabu, 10 April 2024 atau Kamis, 11 April 2024.

Sementara itu, Peneliti Ahli Utama Pusat Riset Antariksa Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) Thomas Djamaluddin menjangkakan Hari Raya disambut serentak.

"Jadi tanggal 9 April, Magribnya sudah masuk 1 Syawal, jadi orang-orang sudah mulai bertakbir," katanya dalam agenda diskusi media bertajuk Kriteria Baru MABIMS dalam Penentuan Awal Ramadan di kantor BRIN, pada Mac lalu.
Next Post Previous Post