Rumah Terbuka Raya TYT Di Astana Negeri Pada Raya Pertama

KUCHING-- Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana Negeri Sarawak pada Hari Raya pertama.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Astana Negeri Sarawak hari ini, orang ramai boleh mengunjungi rumah terbuka itu mulai jam 9 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Dewan Besar Astana Negeri.

Rumah terbuka itu juga akan menerima kunjungan Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta orang kenamaan yang lain, Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan serta Sektor Swasta.

Orang ramai yang mengunjungi rumah terbuka itu diingatkan agar berpakaian kemas dan sopan.

Tun Dr Wan Junaidi serta isteri mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di Sarawak.
Next Post Previous Post