Remaja alami kecederaan, dua buah motosikal dinaiki rempuh tiang elektrik tumbang di Jalan Sungai Batu Lundu

LUNDU -- 4 remaja berusia antara 15 hingga 17 tahun mengalami kecederaan selepas dua buah motosikal yang dinaiki mereka merempuh tiang elektrik yanh tumbang di atas Jalan Sungai Batu malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam insiden sekitar jam 11.29 malam itu, semasa kejadian, motosikal yang dinaiki 4 remaja itu terlanggar sebuah tiang elektrik yang tumbang atas laluan berkenaan.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Lundu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa," ujarnya.

Sampai di lokasi katanya, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal yang mana kesemua mangsa terlibat didapati mengalami kecederaan.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengangkat 2 orang mangsa yang tercedera ke dalam jentera EMRS dan terus menghantar mereka ke Hospital Lundu. 

"Seorang mangsa pula telah dihantar menggunakan kereta awam manakala seorang lagi dihantar ke lokasi dengan menggunakan ambulan Hospital Lundu. 

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat dan terkawal, maka operasi ditamatkan pada jam 1 pagi sebelum bertolak balik ke balai.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post