Motosikal terbalik selepas kemalangan dengan Axia, seorang cedera
KOTA KINABALU-- Seorang lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya terbalik akibat kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Axia di Jalan Tengah KKIP Tauran tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 12.23 tengah hari dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ke lokasi.
"Komander Operasi melaporkan sewaktu dalam perjalan balik dari memantau tapak pelupusan sampah kayu madang, pasukan bomba terserempak dengan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah Perodua Axia dan Motorsikal.
"Penunggang motorsikal berusia 29 tahun mengalami kecederaan manakala pemandu Perodua Axia dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikutan itu, katanya pasukan bomba bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa.
Tambahnya, bomba seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak Ambulan untuk tindakan lanjut.