MBM sedia kerjasama siasat kemalangan di Jalan Airport

Kemalangan yang meragut dua nyawa membabitkan kereta Aruz dan lori kontraktor Majlis Bandaraya Miri di Jalan Airport petang tadi.

MIRI— Majlis Bandaraya Miri (MBM) bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan berhubung kes kemalangan maut yang berlaku di Jalan Airport di sini, petang tadi.

MBM menerusi kenyataan malam ini berkata, dalam kejadian sekitar 2.47 petang tadi, kontraktor MBM sedang melakukan tugas rutin di jalan tersebut.

“Tiba-tiba kereta jenis Aruz yang merempuh bahagian belakang lori yang diparkirkan kontraktor di tepi jalan.

“Kemalangan itu menyebakan pemandu kereta maut di lokasi kejadian manakala penumpang masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Miri,” katanya.

Kenyataan itu menambah, MBM memandang serius perkara ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

MBM berkata, laporan polis sudah dibuat dan setakat ini masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, MBM melahirkan rasa simpati dan sedih kepada ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan itu.

“Kami menasihatkan orang awam tidak membuat spekulasi berhubung insiden ini memandangkan ia masih dalam siasatan polis,” katanya.

Terdahulu, Borneo Network melaporkan seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan pemandu kereta maut manakala seorang penumpang iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun parah selepas kereta yang dinaiki keduanya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lapangan Terbang di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Firdauz Chemat disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan KKM yang turut berada di lokasi.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Miri Sentral bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 2.20 petang," ujarnya.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah lori dan Perodua Aruz yang mana terdapat 2 orang mangsa yang merupakan pemandu dan penumpang kanak-kanak dalam kereta Perodua Aruz tersepit di tempat duduk bahagian hadapan.

Setelah size up dilakukan berkonsepkan saver lalu mengarahkan anggota operasi melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dimulakan dengan menggunakan peralatan rescue tool sehingga mangsa berjaya dikeluarkan. 

"Seterusnya mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki dibawa ke hospital Miri menggunakan dengan menggunakan jentera EMRS," jelasnya. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi bedah siasat.
Next Post Previous Post