Kes Amang Seksual Kanak-Kanak Perempuan 6 Tahun, Polis Sri Aman Buru Suspek

SRI AMAN-- Pihak polis kini memburu seorang suspek lelaki membabitkan kes amang seksual melibatkan mangsa seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang masih bebas.

Suspek dikenali Andrew Jarau, 38.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.43 petang 10 April lalu.

"Kejadian tersebut berlaku di kawasan tanah perkuburan lama Kampung Kubal, Betong.

"Suspek telah melarikan diri selepas kejadian tersebut berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak polis sedang giat menjakankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang kini dalam senarai dikehendaki polis.
 
"Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod dadah.

"Kertas siasatan telah dibuka Dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," ujarnya.

Pihak polis meminta individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut mengenai kes ini untuk berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Suzy Andrew Baie di talian 011-14037375 atau tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalur maklumat dan membantu siasatan.
Next Post Previous Post