Mayat lelaki ditemukan terapung dalam kolam

MIRI— Satu mayat lelaki ditemukan terapung di kolam berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Lake Shore, Desa Senadin di sini, pagi tadi.

Penemuan itu disedari oleh orang awam yang pergi ke kawasan berkenaan untuk membuang sampah sekitar 9 pagi tadi yang kemudian menghubungi pihak polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, ketika ditemukan, mayat lelaki yang dikenali sebagai Lah Wan, 57, dari Long Atip, Baram masih lengkap berkemeja T dan dan berseluar pendek warna gelap.

“Setelah membuat size-up pasukan bomba membuat operasi mengangkat mangsa tersebut ke tebing sungai.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan penemuan mayat itu dan siasatan terperinci sedang dilakukan.
Next Post Previous Post