Majikan Diberi Tempoh Hingga 30 Jun Ini Daftar Pekerja Asing menerusi RTK 2.0

KUCHING-- Majikan di negeri ini mempunyai tempoh sehingga 30 Jun 2024 untuk mendaftar pekerja asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak.

Pengarah Imigresen Negeri Sarawak, Abdul Halim Abang Naili berkata, jabatan itu melalui Bahagian Penguatkuasa dan Bahagian Pekerja Asing telah menganjurkan Sesi Libat Urus
Pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bersama pemain industri
dari seluruh Sarawak. 

“Program RTK 2.0 telah dilaksanakan di Sarawak sejak 22 Julai 2023 melalui Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja.

“Sesi Libat Urus Program RTK 2.0 yang diadakan di Ibu Pejabat Imigresen, Jalan Simpang Tiga, Kuching, dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan pemain industri yang terlibat menyertai program ini sebelum tarikh tamat pendaftaran program iaitu pada 30 Jun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,sesi itu telah dihadiri oleh seramai 50 orang wakil majikan dari sektor perladangan, dalam Sesi Libat Urus tersebut juga para wakil majikan telah diberi taklimat berkenaan tatacara pendaftaran dan proses-proses kerja yang terlibat. 

Para majikan yang mempunyai pekerja-pekerja asing yang telah memenuhi syarat-syarat program boleh berurusan dengan Bahagian Pekerja Asing JIM Sarawak selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024 bagi pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Penyertaan Program RTK 2.0 boleh didaftarkan secara atas talian di www.imi.gov.my Klik ke pautan “PORTAL REKALIBRASI”
Next Post Previous Post