Kereta rempuh papan tanda jalan, dua cedera seorang patah kaki

SARIKEI -- Seorang patah kaki manakala seorang lagi mengalami kecederaan ringan selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu merempuh tiang papan tanda jalan di Simpang 3 Jalan Tanjung Manis Sibu-Daro petang tadi.

Jurucakap BBP Tanjung Manis berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Tanjung Manis bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.02 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari dari Sibu menghala ke Daro yang melanggar tiang papan tanda jalan," jelasnya.

Mangsa yang cedera kemudiannya dikeluarkan oleh pihak APM Tanjung Manis dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Manis dengan menggunakan Ambulans APM.

Gambar BBP Tanjung Manis
Next Post Previous Post