Keluarga Masih Terkejut, Tidak Percaya Joanna Felicia Hilang Sekelip Mata

SERIAN-- Keluarga LK I JJM Joanna Felicia ak Rohna berasal dari Sarawak salah seorang perajut wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini masih terkejut dan bagaikan tidak percaya dengan tragedi yang menimpa ahli keluarga mereka.

Bapa saudaranya, Johny Manyi berkata,
mendiang seorang anak yang baik dan sentiasa gembira sepanjang hayatnya.

"Bapa dan emaknya orang pertama yang mengetahui tragedi ini selepas mendapat panggilan dari Lumut, Perak, berhubung kejadian ini.

"Mereka sangat terkejut dan masih tidak dapat menerima kenyataan kehilangan anak tersayang dalam sekelip mata," katanya ketika ditemui di kediamannya di Serian hari ini.

Katanya, mereka menerima berita itu ketika sedang makan kebetulan ada suadara di kampung yang meninggal dunia.

"Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) datang ke rumah sekitar jam 3.30 petang tadi untuk membawa bapa dan emaknya serta bapa dan emak mertuanya ke lapangan terbang bagi pengurusan mayat di Lumut, Perak.

"Terpulang kepada suaminya mendiang untuk menentukan di mana mendiang akan dikuburkan sama di kampungnya sendiri atau kampung suaminya," ujarnya.

Joanna Felicia yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga anggota TUDM dikurniakan dua cahaya mata perempuan, yang sulung sudah berusia 6 tahun dan kini di Tabika manakala anak kedua berusia setahun lebih.

Dalam kejadian itu seramai tiga orang perajurit wanita menaiki salah sebuah helikopter yang terhempas iaitu HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang kru.

Sebuah lagi helikopter iaitu Eurocopter AS555SN Fennec (M502-6) membawa tiga orang kru menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 10 orang.

Negara digemparkan dengan kejadian dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.

Nahas kemalangan yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.

Kedua-dua helikopter yang terlibat adalah jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.
Next Post Previous Post