Hujan Berterusan, Beberapa Kawasan Rumah Panjang Di Engkelili Dilanda Banjir

SRI AMAN-- Beberapa kawasan rumah panjang di kawasan Engkelili dilanda banjir berikutan hujan berterusan hari ini.

Komander Operasi, PBK II Mohd Fadhli Buyong berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 2 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

"Banjir berlaku di rumah TR Chundie(Geligau Ili) melibatkan 22 buah pintu rumah panjang keseluruhan telah terjejas dimana paras air telah memasuki ruangan dalam rumah setinggi dua kaki dan kejadian awal banjir berlaku pada hari Jumaat.

"Anggota telah bertindak bergerak bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pegawai dari Pusat Khidmat ADUN Engkelili juga bagi memantau setiap rumah panjang lain yang turut dilaporkan terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kawasan lain yang terjejas ialah di TR Maria(Merbong) mempunyai 25 buah pintu keseluruhan, TR Ayum Anak Nyaring(Ensurai) mempunyai 31 buah pintu keseluruhan serta TR Sidi Anak Maing(Geligau Ulu) yang mempunyai 29 buah pintu keseluruhan.

"Setelah selesai pemantauan dilakukan didapati air telah surut manakala hanya berlaku laluan terputus disebabkan banjir untuk menuju ke rumah panjang yang terlibat.

"Pasukan Bomba Sukarela Lubok Antu serta Pasukan Bomba Sukarela 1 Engkelili dari Pasar Engkelilii ke lokasi yang terjejas banjir turut membawa Pax Bantuan Makanan yang akan diagihkan ke TR Maria(Merbong) sebanyak 52 pax bantuan barangan makanan dan TR Ayum Anak Nyaring(Ensurai) sebanyak 141 pax bantuan barangan makanan.

Katanya, bagi operasi banjir di TR Chundi(Geligau Illi), anggota bomba telah bergerak memeriksa keselamatan penduduk rumah oanjang di mana air masih memasuki ruangan dalam rumah dan khidmat nasihat telah diberikan kepada penduduk yang terjejas untuk bertindak pindah dari lokasi sekiranya paras air semakin naik akibat cuaca hujan.
Next Post Previous Post