Belajar Rajin-Rajin, Jaga Keluarga Ingatan Joanna Felicia Kepada Dua Adiknya Sepanjang Hayatnya

SERIAN--'Belajar rajin-rajin, jaga bapa, emak, nenek, datuk dan keluarga', itu yang sering dingatkan mendiang LK I JJM Joanna Felicia ak Rohna kepada dua adiknya Honey Vivianne Francis, 16, dan Diyanne Yanz Love, 14.

Honey Viviana berkata, dia mendapat tahun berita sedih itu sekitar jam 11.30 pagi tadi selepas diberitahu bapanya yang datang ke sekolah.

"Saya bagaikan tidak percaya menerima berita sedih ini dan terpaku sekejap.Rasa baru semalam bercakap dengan kakak.

"Selalunya dia akan balik ke kampung setahun sekali, kali terakhir dia balik semasa perayaan Gawai yang lalu, namun dia sering berhubung menerusi telefon dengan keluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Sumpas Tampek di sini hari ini.

Katanya, kakaknya itu selalu mengingatkannya belajar rajin- rajin supaya boleh mengikut jejak langkahnya dan menjaga keluarga.

"Saya redha dengan apa yang berlaku dan percaya Tuhan lebih sayangkan kakak.

"Saya harap kakak akan di kebumikan di kampung supaya dapat menatap wajahnya buat Kali terakhir," katanya sedih.

Sementara itu, Diyanne Yanz berkata, tidurnya yang tidak lena semalam bagaikan petanda dia kehilangan kakak tersayang.

"Saya rasa tidak percaya video yang tular heli terhempas di Semenanjung membabitkan kakak sendiri.

"Kakak juga sering berpesan belajar rajin, jaga nenek dan jangan lupak berik datuk makan ubat," katanya.

Katanya, kakaknya itu juga seorang yang suka bergurau dan sering membawa keluarga mereka berjalan-jalan.

LK I JJM Joanna Felicia ak Rohna berasal dari Sarawak salah seorang perajut wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.

Dalam kejadian itu seramai tiga orang perajurit wanita menaiki salah sebuah helikopter yang terhempas iaitu HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang kru.

Sebuah lagi helikopter iaitu Eurocopter AS555SN Fennec (M502-6) membawa tiga orang kru menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 10 orang.
Next Post Previous Post