Abang Johari hadiri mesyuarat Majlis Tenaga Negara

Abang Johari (duduk, lima kanan), Anwar (duduk tengah), Fadillah (duduk, lima kiri) bergambar bersama sempena Mesyuarat Majlis Tenaga Malaysia pertama di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Gambar ihsan Jabatan Premier Sarawak


PUTRAJAYA—Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara pemimpin negeri yang hadir pada 
Mesyuarat Majlis Tenaga Malaysia pertama di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Jabatan Premier Sarawak dalam kenyataan berkata, Majlis Tenaga Malaysia itu ditubuhkan baru-baru ini berikutan penggubalan Dasar Tenaga Negara (DTN 2022-2040) oleh pentadbiran persekutuan terdahulu.

Mesyuarat pertama yang berlangsung selama dua jam setengah itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi Majlis Tenaga Malaysia.

“DTN berusaha merangka hala tuju secara strategik dan menggariskan keutamaan utama bagi sektor tenaga pada tahun-tahun akan datang bagi mencapai aspirasi rendah karbon negara.

“Dasar ini akan meletakkan sektor tenaga sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi yang menyediakan peluang lebih besar daripada peralihan tenaga ketika dunia terus mengatur usaha ke arah pelepasan karbon bersih-sifar menjelang 2050,” kata kenyataan yangd disiarkan di Facebook itu.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Sri Fadillah Yusof.

Mesyuarat selama dua jam setengah itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Tenaga Negara (DTN), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Datuk Sri Fadillah Yusof.

Manakala Premier diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki dan Setiausaha Tetap Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Abang Ahmad Abang Morni.
Next Post Previous Post