5 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah didiami di Kampung Stengggang musnah terbakar

BAU -- 5 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Stengang musnah dalam kebakaran yang berlaku tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 12.32 tengah hari.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan sebuah kediaman jenis separuh kekal 2 tingkat yang terbakar sepenuhnya," ujarnya.

Kebakaran katanya turut memusnahkan dua buah motosikal dan sebuah kereta. 

Kesemua penghuni bagaimanapun katanya berjaya keluar llari menyelamatkan diri tanpa mengalamo sebarang kecederaan.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak memadam kebakaran secara "defensive" dengan menggunakan 1 aliran air daripada pam jentera dan 1 lagi aliran hos hantaran 300 kaki 2 nozel yang mana sumber air diperoleh dari daripada pili bomba berdekatan.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Next Post Previous Post