79 kubur Tanah Perkuburan Muara Lebaan Bintangor diceroboh

BINTANGOR-- Kira-kira 79 buah kubur di Tanah Perkuburan Muara Lebaan Bintangor diceroboh, kata Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi.

Beliau memberitahu, polis menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 12.33 tengah hari tadi.

"Pengadu hanya mengetahui kejadian daripada satu hantaran individu dalam aplikasi media sosial Facebook.

"Hasil siasatan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Meradong mendapati terdapat lebih kurang 79 buah kubur di tanah perkuburan tersebut telah dirosakkan dengan cara memecahkan simen serta mengorek lubang sehingga menampakkan keranda kubur," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Sekam, kali terakhir pengadu bersama penduduk kampung melawat kawasan tanah perkuburan itu adalah pada 30 Mac 2024.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan kejadian bagi membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan. 

"Sebarang maklumat dan aduan boleh diajukan kepada pihak polis di talian 084-693 222," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook memuat naik satu video berhubung kejadian itu yang ditonton lebih 31,000, 412 perkongsian dan 271 like.

https://www.facebook.com/share/v/tNuVGzVBoD1nsskn/?mibextid=oFDknk
Next Post Previous Post