4 Individu Digigit Anjing Liar Agresif Dipercayai Dijangkiti Rabies Di Kota Sentosa

KUCHING-- Empat individu menjadi mangsa digigit seekor anjing liar yang bertindak agresif dipercayai dijangkiti virus rabies di Kota Sentosa di sini, hari ini.

Keempat- empat mangsa lelaki berusia 18 hingga 53 tahun itu diserang di tempat berasingan iaitu di Mes Pegawai Pangkalan Udara Kuching dan kawasan sekitar Batu 7 antara jam 12 tengah hari hingga jam 3 petang.

Mereka digigit pada betis kanan dan bahagian perut anjing yang sama berwarna hitam putih dan diletakkan 
kes gigitan anjing kategori 2 yang perlu diperiksa dan dibuat penilaian oleh pakar perubatan bagi menentukan sama ada kes gigitan anjing mempunyai indikasi untuk divaksinasi atau sebaliknya.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai berkata, pihaknya baharu sahaja menerima maklumat daripada Jabatan Kesihatan terdapat seekor anjing liar yang agresif di Kota Sentosa. 

"Anjing berwarna hitam putih ini telah menyerang dan menggigit empat orang individu hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai berhati-hati
agar kejadian itu tidak berulang.

Sebarang maklumat mengenai anjing liar boleh menghubungi MPP di talian 082 615566 atau WhatsApp ke Talian Hotline MPP 013 802 5566.
Next Post Previous Post