Wanita tersepit hampir sejam dalam kereta dipandu sejurus berlaku kemalangan

BAU -- Seorang wanita menahan azab hampir satu jam dalam kereta model Perodua Myvi yang dipandunya selepas tebabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Kampung Skiat Baru di Jalan Skiat awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang lagi lelaki yang merupakan pemandu kereta Proton Saga dilaporkan turut mengalami kecederaan, namun berjaya keluar dari kereta yang dipandunya.

"Sepasukan anggota bomba dari BBP Bau bergerak ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 6.50 pagi bagi menjalankan khidmat khas menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit," jelasnya.

Sejurus sampai di lokasi, komander operasi membuat "size up" dan mengarahkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) melakukan kerja-kerja peneyelamatan dengan menggunakan peralatan khas "rescue tool" bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan pada jam 7.25 pagi sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan selanjutnya.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka operasi menyelamat ditamatkan pada jam 7.55 pagi sebelum bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post